Miri Today

Sebastian bantu balu untuk dapat rumah baharu RMR

Sebastian meniliti borang permohonan bantuan untuk keluarga Melati dan Zakiah.

Rumah Melati dan Zakiah yang begitu daif.

Sebastian meninjau keadaan rumah Melati dan Zakiah yang akan dibina baharu.

Sebastian menyampaikan bantuan JKM kepada Zakiah.

KAMPUNG HAJI WAHED, 7 Ogos — Kesusahan hidup anak beranak, Melati Abdul Rahman, 36, dan ibunya Zakiah Abdullah, 59, kedua-duanya balu di Kampung Haji Wahed mendapat perhatian daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Hari ini, Pengerusi SUPP cawangan Piasau merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui iaitu Dato’ Sebastian Ting berkunjung ke kediaman mereka berdua.

Melati yang menghidap penyakit angin ahmar sejak tiga bulan lalu pernah bekerja sebagai guru di Tadika Lambir dan kini terpaksa menanggung tiga orang termasuk anak dan ibunya yang juga mengalami angin ahmar.

“Sebelum ini Melati pernah memohon bantuan kebajikan dan permohonan tersebut sudah diluluskan. Dia mendapat bantuan sebanyak RM300 daripada JKM mulai bulan ini,” katanya semasa berkunjung ke kediaman Melati pagi tadi.

Katanya, pihak JKM juga sedang dalam proses mempertimbangkan permohonan ibunya, Zakiah untuk mendapat elaun bantuan warga emas.

Zakiah yang tidak dapat bekerja kini terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bantuan anaknya Melati selain jiran berhampiran.

“Selain bantuan JKM, kita juga sedang membantu mereka mendapatkan rumah baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya.

Menurut Sebastian, rumah yang diduduki oleh Melati dan ibunya sudah terlalu uzur dan tidak dapat diperbaiki.

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes