Papan tanda dan penunjuk jalan yang besar untuk Pujut 7
PUJUT 7, 23 Julai – Lebih banyak papan tanda dan penunjuk jalan yang besar akan dipasang di Jalan Pujut 7 seperti lebuh raya di Semenanjung, bagi memudahkan pengguna jalan raya.
Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Kim Shin berkata, papan tanda penunjuk jalan yang sedia kecil dan tidak kelihatan sekiranya kenderaan besar seperti bas dan trak melintas di kawasan tersebut.
“Kita akan menggantikan papan tanda dan penunjuk jalan yang tidak sesuai untuk kesenangan smeua pemandu,” katanya semasa memeriksa lalu lintas di Pujut 7 yang baru memulakan operasi.
Dalam perkembangan berkaitan, lalu lintas di situ akan terus dipantau sistem trafik akan ditingkatkan bagi membolehkan pengguna jalan membiasakan diri dengan sistem jalan yang baharu.
“Dengan adanya enam lorong, pengguna jalan raya harus lebih berdisiplin dengan tidak memotong laluan sesuka hati sehingga boleh menyebabkan kemalangan dan menyusahkan orang lain,” katanya sambil menasihatkan mereka agar bersikap bertolak ansur semasa memandu.
Sementara itu, wakil kontraktor projek memberitahu, lampu trafik di situ menggunakan pengesan automatik di mana tempoh masa lampu isyarat ditentukan oleh alat pengesan aliran trafik.
Menerusi sistem itu, tempoh masa ditentukan secara automatik mengikut jumlah aliran trafik dan ia bermanfaat semasa waktu puncak.
“Justeru, tidak timbul isu sekejap atau lama kerana alat pengesan akan menentukan masa yang sesuai. Pengesan ini diletakkan kira-kira 10 meter dari simpang yang mana waktu puncak tempoh selama 90 saat di persimpangan manakala waktu biasa 25 saat,” kata jurucakap itu.
Manakala dari tempoh di persimpangan dari arah bandar raya Miri (90 saat), Piasau (35 saat), Lutong (90 saat) dan Permyjaya (25 saat).
Katanya, perancangan sedang dibuat untuk menaiktaraf sistem tersebut secara online bagi memudahkan pusat kawalan trafik di Kuching memantau semua lampu trafik yang beroperasi menggunakan pengesan automatik.















Worst project in Miri so far! Traffic jam unbelievalbe now!