MBM perlu kaji semula sistem pembersihan longkang dan kutipan sampah di Taman Tunku
TAMAN TUNKU, 22 Januari– Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu mengkaji semula sistem pembersihan longkang dan kutipan sampah kerana sistem yang ada sekarang hanya berkesan di beberapa kawasan perumahan tertentu.
Penduduk dari Taman Tunku berkata, sehingga sekarang mereka masih mengalami masalah pembersihan longkang dan kutipan sampah yang tidak efisyen serta lambat bertindak terhadap aduan yang dikemukakan.
“Pada Rabu lalu, saya menghubungi MBM mengenai timbunan sampah di Jalan Kuching, Taman Tunku namun sehingga hari ini sampah tersebut masih tidak dikutip.”
“Saya juga pernah membuat aduan mengenai parit yang tersumbat di Taman Tunku sehingga menyebabkan banjir, namun sehingga hari ini tiada tindakan diambil. Sudah 10 tahun sampah di dalam parit tersebut namun belum ada tindakan,” katanya.
Justeru beliau mencadangkan agar MBM menyediakan tong sampah yang besar bagi menampung jumlah sampah yang meningkat setiap kali musim perayaan.
“Pada masa yang sama, pegawai penguatkuasa perlu bekerjasama dengan Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk untuk meningkatkan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kebersihan Awam dan Penyelenggaraan, Sam Kai Khiong berkata, MBM melakukan yang terbaik untuk menguruskan sampah yang meningkat setiap kali musim perayaan.
“Sebenarnya kita sudah mengadakan pembersihan menyeluruh (spring cleaning) sejak 1 Januari lalu. Apa yang penting, orang awam harus tahu bila tarikh dan kerjasama orang awam penting untuk tidak membuang sampah di tempat terbuka,” katanya.
Mengenai masalah parit tersumbat di Taman Tunku, Sam menambah MBM akan mengarahkan kontraktor untuk menyelesaikan masalah itu.















It has been 1 whole week since rubbish has been collected in Lutong Baru. ONE WHOLE WEEK!! We now have to put up with the stench from the garbage, the flies attracted to the stench and also the haze that has now cropped up yet again. Why can’t we Mirians have a decent and healthy lifestyle we deserve?