JPN kurang prihatin, penduduk bandaraya Miri masih ada yang belum memiliki MyKad
PERMYJAYA TUDAN, 26 Januari – Baru-baru ini rombongan PAS Miri bersama YB Khalid Samad ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam telah bersama melawat ke Tudan dan memberi sumbangan Raya Cina kepada penduduk di situ sempena perayaan tahun baru Cina.
Seramai 20 buah keluarga terdiri daripada bangsa Cina dan juga Iban telah menerima sumbangan Raya Cina tersebut.
Salah seorang penduduk di kampung tersebut yang menamakan dirinya sebagai Jacky telah mengadu kepada pihak PAS Miri yang beliau serta isterinya dan juga anak-anaknya masih belum memiliki MyKad.
Dia mengadu akan nasib anaknya yang masih belum dapat bersekolah disebabkan tidak memiliki surat beranak dan MyKid. Anak beliau yang berumur 6 tahun sepatutnya dapat bersekolah bersama dengan rakan-rakannya yang sebaya dengannya tetapi disebabkan tidak memiliki surat beranak dan MyKid anak beliau tidak dapat bersekolah.
Walaupun beliau memiliki surat beranak dan ingin memiliki Mykad tetapi semasa beliau ke pejabat JPN (Jabatan Penerangan Negara) di bahagian Miri untuk mendapatkan MyKad, pegawai yang bertugas di JPN Miri tersebut telah bertanya kepada beliau samada beliau pernah mengundi sebelum ini.
Persoalan pengawai tersebut sungguh pelik, bagaimana beliau hendak mengundi sedangkan beliau tidak memiliki kad pengenalan atau MyKad.
Mereka (JPN) juga meminta wang untuk proses pendaftaran daripada beliau, memandangkan beliau tidak memiliki wang yang mencukupi dan kurang berkemampuan lalu sampai sekarang beliau tidak dapat memiliki MyKad tersebut. Inilah luahan perasaan beliau kepada pihak PAS semasa lawatan di kampung Tudan baru-baru ini.
Andaikata perkara ini terus berlaku seperti apa yang diluahkan oleh penduduk tersebut, kita amat kesal dengan sikap JPN, kerana tidak memperdulikan akan nasib, penduduk tersebut. Pihak JPN seharusnya segera bertindak mengatasi masalah ini agar penduduk tersebut tidak terpinggir terus dari mendapatkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang sah menurut perlembagaan Malaysia.
Kita mendapat banyak maklumat tentang masalah penduduk tempatan Sarawak yang tidak memiliki MyKad dan juga surat beranak disebabkan kebanyakkan mereka berasal dari pendalaman yang tidak memiliki kemudahan asas dan juga jalan perhubungan yang teruk di Sarawak.
Apa tanggungjawab dan peranan JPN untuk mengatasi masalah penduduk tempatan yang tidak memiliki Mykad dan surat beranak ini?
Mereka adalah penduduk asal Sarawak, bukannya pendatang asing tetapi nasib mereka lebih malang dari orang asing yang datang menetap di Negara ini.
Adakah JPN akan terus membiarkan mereka terpingir tanpa sebarang tindakan untuk mengatasi masalah mereka agar mereka mendapat hak yang sama dengan penduduk yang memiliki MyKad.
Mereka yang tidak memiliki MyKad dan surat beranak sudah pasti tidak dapat menerima sumbangan BR1M sebanyak rm500 dan RM100 untuk anak-anak mereka yang bersekolah.
Kita mendesak JPN dan kerajaan Sarawak agar segera mengatasi masalah ini dari terus berlarutan dan perlu memikirkan masa depan penduduk tempatan tersebut. Apa akan jadi pada mereka, anak dan cucu cicit mereka pada masa akan datang, kalau mereka tidak memiliki MyKad dan surat beranak?
Kalau JPN dan kerajaan Sarawak gagal mengatasi masalah ini, kita akan membawa isu in ke sidang parlimen untuk dibahaskan melalui wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat yang akan mempastikan perkara ini dapat diatasi serta akan memberi balik hak yang sama rata kepada penduduk asal yang tidak memiliki MyKad dan surat beranak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Inilah tanggungjawab kerajaan yang memerintah supaya sentiasa berlaku adil dan saksama untuk semua rakyat.
Jofri Jaraiee
PAS Miri















goodafternoon… hi im bash .. from senadin… and thi is my short story bout my life..
” i was born on june 6, 1990 in lahad datu sabah , Malaysia… untill now i still haven’t my identity card… when i was at age of 5 my parents left me that time we lived in an estate area… only me garandmother who take good care of me after her… she bought me to her place in Philippines… since then, i live there for almost 15 years befre my grandmother left me… untill i heard about my mother that she is in Malaysia… then i ask my family there in the Philippines if i could go there(malaysia), to find my mother… then they aprrove it… then i came back to Malysia… and now im in MIRI SARAWAK now with my mother… working hard together… sampai sekarang i ngn mak i masi tiada i.c . . . i hope my short story could help me… i merayu-rayu dgn government to help us… i wish you could help us… you may contact me ta this number 0165884898 . . . susah mau cari kerja kalau tiada i.c . . . i’m looking forward to your help . . .thank you!