Hari Raya yang lebih bermakna bagi tiga buah kampung

Dato’ Sebastian bersama jawatakuasa Kelab Penyokong Najib bergambar bersama penduduk Kampung Haji Wahed yang menerima bantuan Hari Raya.
MIRI, 18 Ogos – Sambutan Hari Raya bagi golongan balu, ibu tunggal, anak yatim dan Orang Kurang Upaya tahun ini lebih bermakna dengan adanya bantuan yang dihulurkkan oleh kerajaan.
Tahun ini, lebih 100 penerima dari Kampung Lereng Bukit, Kampung Haji Wahed dan Kampung Riam Jaya mendapat bantuan berupa hamper dan wang raya yang disalurkan oleh Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Dato’ Sebastian Ting.
















