Miri Today

Guru penjana transformasi pendidikan negara

Sebastian dan tetamu jemputan meraikan malam sambutan Hari Guru.

EASTWOOD, 23 Jun— Kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya mulia, namun zaman kini pelbagai isu yang timbul dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi guru.

“Dunia pendidikan berbeza dengan zaman dahulu, murid hari ini juga jauh berbeza dengan murid zaman dahulu. Namun saya yakin dan percaya guru-guru semua dapat menyahut cabaran, isu dan pandangan liar terhadap profesion ini dengan profesional, bijaksana dan berintegriti,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sebastian Ting.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena majlis makan malam sambutan Hari Guru Daerah Miri di Eastwood Valley Golf and Country Club.

Sebastian berkata, kerajaan sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk memberikan ganjaran ataupun peningkatan kerjaya di dalam bidang perguruan.

“Guru merupakan merupakan penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara dan jentera utama dalam kemajuan pendidikan yang dirancang oleh kerajaan.”

“Saya percaya guru-guru semua dapat memikul serta menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan,” katanya.

Pada majlis yang sama, Sebastian mewakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Sebastian Ting mengumumkan peruntukan sebanyak RM15,000 untuk Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Miri Rosnani Yunus, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Miri Alias Ngah dan pengerusi jawatankuasa pengelola majlis makan malam Hari Guru 2012, Chundi Manan.

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes