Miri Today

BOMBA, JAS, JPAM dan RELA bergabung tenaga padamkan kebakaran tanah gambut

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato Sebastian Ting memegang paip air untuk memadamkan kebakaran tanah gambut di kawasan penempatan semula Tudan petang tadi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Douglas Uggah Embas, Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato Sebastian Ting dan Pegawai Daerah Miri, Boniface Intang Apat semasa sidang media selepas meninjau kawasan terbakar di penempatan semula Tudan hari ini.

Keadaan terbakar di penempatan semula Tudan petang tadi.

TUDAN,  5 Ogos — Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan penempatan Tudan berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) setakat jam 3 petang tadi mencecah 159 sekaligus menjadikan indeks tidak sihat dan paling berbahaya di Malaysia setakat ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Douglas Uggah berkata, hanya kawasan Tudan dan ILP Miri yang mengalami masalah pencemaran udara paling teruk berikutan kebakaran tanah gambut di situ sejak petang semalam.

“Saya mendapat laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) petang semalam, justeru hari ini saya turun ke Miri untuk melawat dan melihat keadaan kebakaran,” katanya kepada media selepas meninjau situasi kebakaran di penempatan Tudan hari ini.

Menurut Uggah setakat jam 3 petang, kebakaran tersebut memusnahkan tanah gambut seluas 12 hektar.

“Bagaimanapun, keadaan terkawal dan kita beri jaminan ia boleh dipadamkan sepenuhnya lewat petang ini,” katanya.

Seramai 17 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kawasan tersebut sambil dibantu oleh 20 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dua anggota RELA.

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes