Miri Today

Bantuan khas JPM untuk 195 keluarga di Kampung Merikan

Sebastian bergambar bersama keluarga dari Kampung Merikan yang menerima bantuan petang tadi.

LUTONG, 24 Mac – Seramai 195 keluarga di Kampung Merikan, Lutong di sini mendapat bantuan tambahan RM100 daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Dato’ Sebastian Ting di dewan serbaguna Kampung Merikan petang tadi.

Berucap pada majlis tersebut, Sebastian berkata, bantuan tambahan itu disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Chin bagi meringankan beban ibu bapa di kawasan Parlimen Miri untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka.

“Pusingan pertama bantuan ini telah disampaikan sebelum Krismas tahun lepas. Manakala pusingan kedua 128 keluarga dari Kampung Api-api diikuti Kmapung Merikan hari ini.”

Sebelum ini awal sesi persekolahan, kerajaan memberikan bantuan RM100 kepada murid-murid sekolah rendah.

Sebastian yang juga Pengerusi SUPP Piasau berkata, pemberian bantuan tambahan ini merupakan keperihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain usaha turun padang bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Selepas Kampung Api-api dan Kampung Merikan, bantuan yang sama akan disampaikan kepada ibu bapa di Kampung Sealine dan Kampung Pasir.

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes