Ibu tunggal mengharap bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional
PUJUT — “Saya masih menaruh harapan dengan bantuan kerajaan. Saya tidak pernah mencari bantuan daripada pihak lain termasuk parti pembangkang walaupun mereka datang menghulurkan bantuan,” kata ibu tunggal, Lahai Jau, 63 dari Long Bemang, Baram.
Ibu tunggal yang menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa diam di kawasan setinggan di tebing Sungai Adong Pujut 3 itu menambah, dia sudah beberapa kali memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat namun permohonan itu ditolak.

Lahai Jau menunjukkan bahagian lengan bekas cucukan jarum semasa menjalani rawatan di Pusat Dialisis Miri.
“Dulu saya pernah mengisi borang e-Kasih melalui wakil rakyat di Telang Usan, namun permohonan itu ditolak. Saya juga pernah mengisi borang yang sama melalui Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Miri namun gagal,” katanya semasa ditemui Miri Today di rumahnya di Pujut 3 hari ini.
Namun mereka pernah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, itupun hanya sekali dan sudah lama.
Semalam, Lahai melalui Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Miri merayu bantuan kewangan daripada orang awam untuk membiayai kos rawatan dialisis buah pinggang di Pusat Dialisis Buah Pinggang, Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Miri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PAS itu, Lahai menjalani rawatan sebanyak 3 kali seminggu dengan bayaran RM150 setiap sesi.
Lahai kini tinggal bersama anaknya, Rebecca Ajang, 43, yang juga ibu tunggal dan menghidap penyakit ketumbuhan di kepala.
Dia memiliki empat orang anak, dua daripadanya tinggal di Miri termasuk Rebecca dan seorang lagi menjadi suri rumah manakala dua lagi di Long Bemang dan tidak bekerja.
Manakala Rebecca pula mempunyai dua orang anak, seorang sudah bekerja di Miri manakala yang bongsu berusia 17 tahun tidak bekerja.
Jelas Rebbeca, dia dan ibunya terpaksa tinggal di Miri bagi memudahkan mereka mendapat rawatan kesihatan di Hospital Miri.
“Saya perlu menjalani rawatan kimoterapi untuk ketumbuhan di kepala saya manakala ibu pula perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya yang disahkan menghidap ketumbuhan di kepala sejak 2008 dan kini sedang menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Miri.
Mengenai nasib ibunya pula, Rebecca berkata bayaran dialisis di Pusat Dialisis Miri sudah dikurangkan ke RM60 untuk satu sesi.
“Ibu perlu menjalani 13 rawatan dalam sebulan, dan setakat ini 10 rawatan yang sudah dijalani belum dibayar kerana kami kesuntukkan wang.”
“Walaupun PAS ada memberi bantuan seperti beras dan wang ringgit, namun ia tidak mencukupi dan memadai. Kami masih berharap bantuan berterusan daripada kerajaan,” katanya.















[...] — Tembelang seorang nenek dan anaknya yang berbohong mengenai status kemiskinannya demi meraih simpati semua pihak termasuk parti [...]
Mana kau tau itu tembelang meka??? Kenapa bukan kamu yang mghulurkan bantuan. selesaikn pmasalahn meka. Adakah kamu ni knal dgn meka tersebut???