Miri Today
Pengundi di Miri diminta semak semula pusat pembuangan undi
JALAN PUJUT, 2 Mei- Semua pengundi berdaftar di dalam kawasan Parlimen Miri diminta membuat semakan semula pusat-pusat pembuangan undi mereka.
Jurucakap daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata, ini kerana beberapa buah pusat membuang undi telahpun bertukar dan ia tidak akan sama seperti mana pilihan raya sebelum ini (pilihan raya negeri).
“Jika sebelum ini ada pengundi dalam kawasan DUN Piasau, mengundi SK Jalan Bintang, ia mungkin bertukar ke SK South pada pilihan raya kali ini.”
Justeru adalah lebih baik mereka membuat semakan awal bagi mengelakkan mereka tersilap tempat membuang undi kelak.
Orang ramai boleh membuat semakan secara online di laman web rasmi Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) di www.spr.gov.my ataupun boleh datang terus mana-mana pejabat SUPP berhampiran.
SUPP turut membantu menyediakan kaunter-kaunter yang dibuka di setiap pasar raya, kawasan perumahan, kaki lima kedai serta bangunan pejabat, untuk membolehkan orang ramai membuat semakan pusat pembuangan undi mereka.
Kontituensi P.219 Miri yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Piasau, Pujut dan Senadin mempunyai 71,170 orang pengundi berdaftar.
Pengundi kaum Cina merupakan pengundi teramai dengan jumlah 40,913 orang (57.4 peratus) diikuti kaum Melayu, 14,987 orang (21 peratus), kaum Dayak, 11,163 (15.7 peratus) dan lain-lain kaum ialah 4,225 atau 5.9 peratus.
Sebastian akui situasi di Miri masih sukar
JALAN PUJUT, 2 Mei- Calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dato’ Sebastian Ting, mengakui situasi di kerusi Parlimen Miri masih sukar untuk diramal walaupun waktu berkempen tinggal kira-kira 48 jam mulai hari ini.
“Pilihan raya kali ini, amat mencabar bukan sahaja bagi beliau sebagai calon muka baharu, malah bagi SUPP sendiri. Walaupun telah hampir dua minggu kami berkempen, keadaannya masih mencabar dan saya tidak memandang remeh situasi ketika ini,” katanya semasa sidang media di Pejabat SUPP Miri/Piasau hari ini.
Sebastian berkata, beliau akan terus dan tetap berkempen hingga ke saat akhir, turun padang dan bertemu dengan rakyat dan pengundi dalam Parlimen Miri, khususnya pengundi di Parlimen Miri.
Menurut beliau, pihaknya telah melakukan yang terbaik, menyelesaikan segala masalah dan kemelut yang dikemukakan, sepanjang berkempen yang berlangsung sejak 20 April lalu hingga petang ini.
“SUPP di Miri masih perlu bekerja keras dan turun ke padang bertemu dengan para penyokong dan pengundi.”
“Saya berharap jentera pilihan raya mereka akan dapat memanfaatkan masa yang tinggal itu untuk berkempen dan meliputi semua tempat di seluruh kawasan Parlimen Miri.”
Beliau akan bertanding menentang calon PKR, Dr Michael Teo dan calon Parti Reformasi Sarawak (STAR), Chong Kon Fatt, dalam pertandingan tiga penjuru pada 5 Mei ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Sebastian berkata, debat terbuka di antara beliau dengan lawannya, Dr Michael Teo adalah amat penting kerana ia bakal menjadi pentas bagi kedua-dua pihak untuk memperdebat dan memperjelaskan mengenai isu-isu berbangkit.
“Melalui debat terbuka, pengundi boleh menilai pendirian kedua-dua pihak berhubung isu yang berbangkit dan melihat perbezaan pandangan kami (BN dan Pakatan Rakyat), sebelum mereka boleh membuang undi mereka,” katanya.
Kerajaan stabil, rakyat aman dan harmonis
Sebastian berbual mesra dengan seorang kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Pekerja Naim Holdings pagi tadi.
PERMYJAYA, 1 Mei — Calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di kerusi Parlimen Miri, Dato’ Sebastian Ting berkata, hanya dengan memiliki kerajaan yang stabil, rakyat dapat bekerja dalam suasana yang aman dan harmonis, sekali gus menyumbang kepada kemakmuran negara.
“Pekerja yang dapat bekerja dalam keadaan negara yang aman dan stabil, akan dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara, seterusnya meningkatkan produktiviti serta ekonomi diri dan negara.”
“Selama, Malaysia bertuah katanya, kerana pekerjanya dapat bekerjasama dengan baik bersama-sama kerajaan BN sebelum ini, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan negara yang positif dan memberangsangkan.”
Sebastian berkata demikian semasa berucap di majlis sambutan Hari Pekerja 2013, Naim Holdings Berhad, yang berlangsung di Dewan Permaisuri, Bandar Baru Permyjaya.
Justeru katanya, rakyat perlu mengembalikan semula sebuah kerajaan aman dan yang stabil corak pemerintahannya, seperti BN agar mereka dapat terus bekerja dan menikmati kemakmuran.
“Kita perlu memiliki sebuah kerajaan yang mampu menjamin keamanan, kestabilan dan perpaduan. Dalam konteks ini BN selama ini, telah melakukan yang terbaik bagi memastikan keamanan dan kestabilan negara terpelihara.”
Katanya, hasil daripada kerajaan yang stabil inilah maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang pentadbirannya empat tahun lalu telah berjaya menwujudkan pelbagai program transformasi untuk memakmurkan negara dan rakyat.
Dalam pada itu, lebih 500 penduduk serta ahli keluarga mereka turut datang mengambil bahagian dalam acara marathon sempena Hari Pekerja yang dibuka khusus untuk penduduk Permyjaya.
Turut diadakan ialah peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan juga cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah utama berupa sebuah peti sejuk.
Hadir sama Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai.
Kereta Sebastian terbabas, kempen tetap diteruskan
MIRI, 1 Mei- Walaupun kenderaan mengalami kerosakkan di tengah jalan, namun ia tidak mematahkan semangat calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi Parlimen Miri, Dato’ Sebastian Ting untuk meneruskan kempen yang memasuki hari ke-12 hari ini.
Sebastian ketika dihubungi berkata,  beliau dalam perjalanan menuju ke Kuala Baram untuk menghadiri dua acara di situ iaitu santai mesra bersama pemimpin PBB Senadin di Kampung Masjid dan senada sekampung bersama pemimpin PBB Senadin di balai raya Kampung Muhibbah.
Sebelum itu, beliau menghadiri beberapa acara antaranya majlis kempen pilihan raya P.219 di RPR Batu 6 dan sambutan Hari Lui Cha Kebangsaan anjuran Persatuan Hopoh bahagian Miri Sarawak di Krokop.
“Saya dalam perjalanan menuju ke Kuala Baram dan semasa berada di kawasan E-Mart, kereta yang dipandu tiba-tiba terbabas ke bahu jalan. Semasa kejadian, hujan lebat menyebabkan jalan licin”
“Saya mendapati kereta berkenaan mengalami kerosakkan pada bahagian brek selepas dimasuki air hujan menyebabkan kereta tersebut terbabas,” katanya ketika dihubungi petang tadi.
Menurut Sebastian, berikutan kerosakkan pada bahagian brek, beliau terpaksa memandu perlahan-lahan untuk sampai ke tempat acara.
Ekoran itu juga, sidang media yang diadakan setiap hari pada jam 2 petang di pejabat SUPP Miri/Piasau terpaksa dibatalkan, namun aktiviti kempen di luar tetap diteruskan sehingga ke malam ini.
Katanya, kereta tersebut akan dihantar ke bengkel esok untuk diperbaiki memandangkan hari ini cuti umum sempena Hari Pekerja.
PKR janji bangunkan Baram tanpa perlu empangan
MIRI, 1 Mei:- “Saya tidak hilang apa-apa pun jika saya tidak dapat memenangi kerusi Baram, tetapi pengundi akan hilang impian mereka untuk mahu bebas dan merdeka di bumi sendiri,” demikian kata-kata daripada calon PKR bagi kerusi Baram, Roland Engan.
Engan dalam kempen-kempen pilihan raya beliau di Baram, membangkitkan beberapa isu utama, iaitu cadangan projek pembinaan Empangan Baram, Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), masalah kad pengenalan di kalangan penduduk peribumi dan juga keadaan jalan raya yang buruk.
Beliau berkata walaupun Barisan Nasional (BN) menjanjikan pembangunan yang melimpah ruah untuk daerah Baram termasuk mewujudkan Bandar Baru Telang Usan dan cadangan projek pembinaan Empangan Baram, yang paling kontroversi ketika ini, namun PKR tetap mendabik dada dengan mengatakan mereka tidak kurang ‘hebat’ dalam usaha memajukan Baram.
Malah PKR melalui manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, berjanji kepada rakyat di Baram bahawa mereka (PR) boleh membangunkan Baram yang hampir seluas negeri Pahang Darulmakmur itu.
“Tanpa perlu membangunkan projek Empangan Baram seperti yang dicadangkan oleh BN, PKR boleh memajukan Baram kerana parti ini dan Pakatan amat memahami keperluan dan kehendak penduduk di Baram berbanding dengan membina empangan yang menelan belanja berbilion ringgit,” katanya.
PKR katanya tidak memerlukan Empangan Baram seperti yang dicadangkan oleh BN, untuk membina jalan raya yang lebih baik dan boleh mendatangkan lebih banyak manfaat kepada penduduknya.
Sebaliknya melalui pembinaan jalan raya (berbanding empangan), PKR yakin ia akan memudahkan penduduk kampung dan paling penting mampu mengurangkan kos pengangkutan yang menjadi beban kepada penduduk Baram yang kebanyakkannya adalah golongan miskin dan juga miskin tegar.
Engan, 40, seorang peguam, yang berasal dari Long Jeeh, Ulu Baram berucap demikian di hadapan seramai 500 penyokong parti itu yang hadir pada majlis ceramah PKR Baram, yang kebanyakkan mereka yang berasal dari Baram. Majlis tersebut berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini, malam tadi.
Kempen beliau yang lebih menjurus kepada manifesto PR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), memberitahu beliau yakin kandungan manifesto parti itu akan mampu mengubah serta membawa banyak manfaat kepada penduduk di Baram dan juga di negeri ini, khususnya.
“Kita perlu ada kekuatan (kemenangan) untuk mengubah sistem pentadbiran negara bagi memastikan ia adil kepada rakyat,” jelas Roland yang turut melahirkan keyakinan beliau, dapat mengalahkan lawannya, calon Barisan Nasional yang diwakili oleh Anyi Ngau daripada Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).
Chin terus berkempen
Ceramah oleh Presiden SUPP, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui di Jalan North Yu Seng malam tadi.
PUSAT BANDAR, 1 Mei— Jentera Barisan Nasional (BN) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus menggunakan ruang yang ada untuk mengadakan ceramah mereka di setiap kawasan tumpuan ramai di sekitar bandar raya Miri.
Malam tadi, Presiden SUPP, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui dan calon mereka, Dato’ Sebastian Ting mengadakan ceramah politik beliau di Jalan North Yu Seng, di sini, salah satu daripada lokasi yang sering dikunjungi orang ramai kerana premis-premis makanannya yang popular.
“Walaupun yang hadir adalah sekitar 300 orang namun ia adalah dalam sasaran mereka, kerana kumpulan penceramah tersebut bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, menggunakan lori yang diubah suai menjadi pentas untuk berceramah,” kata jurucakap SUPP ketika ditemui.
Katanya, walaupun jumlah pendengar sekitar 300 hingga 400 dan kadang-kadang dalam kumpulan 200 orang, namun ia amat bermakna, kerana yang lebih penting mereka dapat mendekati setiap kumpulan masyarakat dan di setiap kawasan serta lokasi.
“Ini kerana setiap sudut dan lokasi didatangi dan mendengar apa yang kami sampaikan dan perjelaskan kepada mereka. Jumlah ini semua jika dikumpul, sejak kami mulai bermula selepas penamaan calon dahulu, ia sudah mencecah 10,000 orang atau lebih,” tambah beliau lagi.
Katanya, ia tidak termasuk sambutan yang menggalakkan dalam setiap majlis rasmi yang dihadiri oleh Sebastian.
Dalam pada itu katanya, sambutan amat menggalakkan ketika mereka berceramah di kawasan ramai Bumiputera termasuk di E-mart, dengan jumlah yang datang adalah melebihi jangkaan.
Selain di Persiaran Kabor, jentera SUPP setakat ini telah berkempen di Morsjaya, Taman Hilltop, beberapa lokasi di Krokop, Pujut, Piasau, Lutong, Senadin serta Kuala Baram dan di Tudan, malam tadi.
Dr. Teo disuruh buat ulangkaji dulu
JALAN PUJUT, 30 April– Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Miri iaitu Dr Michael Teo perlu buat ulangkaji mendalam sebelum mendakwa SUPP tidak pernah memperjuangkan dan mengambil usaha membangunkan pendidikan sekolah-sekolah Cina di negeri ini.
“Malah Dr Teo perlu balik dan buat kajian semula, terutama ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran pada 1986. Apakah yang Anwar telah laku terhadap pendidikan sekolah Cina, beritahu kepada masyarakat Cina.”
“Jika dia (Dr Teo) tidak tahu, biar saya menjawab untuk dia. Justeru saya mencabar beliau untuk debat terbuka, agar beliau boleh bertanya kepada saya dan saya akan menjawab dan memberitahunya apa yang telah kami perjuangan terhadap pendidikan sekolah Cina,” kata calon Barisan Nasional daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (BN-SUPP), bagi kerusi Parlimen Miri, Dato’ Sebastian Ting semasa sidang media hari ini.
Sebastian berkata demikian bagi menjawab persoalan-persoalan oleh PKR yang mendakwa SUPP sebagai parti yang majoritinya kaum Cina dan memperjuangkan nasib serta kebajikan kaum Cina tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan sekolah Cina di negeri ini.
Beliau menambah, Dr Teo boleh memilih apa sahaja bahasa yang disukai untuk berdebat dengan beliau.
“Saya hairan sejak bila pula beliau (Dr Teo) begitu mengambil berat soal memperjuangan sekolah-sekolah Cina, sedangkan selama ini PKR di Sarawak mahupun Dr Teo tidak pernah bercakap mengenai sekolah-sekolah Cina di Sarawak.”
“Saya tertanya-tanya, sama ada Dr Teo kurang membuat kajian, tidak mengikuti perkembangan semasa dan menuduh SUPP membuta-tuli atau beliau memang tabiat Dr Teo sengaja menyebarkan pembohongan semata-mata untuk memancing undi kaum Cina di bandar raya ini.”
Menurut Sebastian lagi, masyarakat di Miri, pastinya mengharapkan pemimpin atau bakal wakil rakyat mereka untuk memberitahu mengenai fakta-fakta yang sebenarnya kepada mereka rakyat.
Justeru sebagai pemimpin, tambahnya, seseorang wakil rakyat perlu tampil berwibawa dan memiliki pengetahuan serta berpaksi pada fakta dan bukannya sekadar cakap kosong.
“Untuk pengetahuan Dr Teo dan PKR, saya ingin memberitahu bahawa pendidikan sekolah Cina sentiasa menjadi keutamaan parti malah turut sama memperjuangkannya bersama (parti-parti dalam BN Pusat) MCA dan Gerakan, hingga ia diberi pengiktirafan oleh kerajaan pusat.
“Malah Malaysia merupakan satu-satunya negara luar, selain China dan Taiwan, yang mengiktiraf pendidikan sekolah Cina dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Malah menurut Sebastian, selama tiga tahun berturut-turut, pada setiap tahun kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, memperuntukan sejumlah RM100 juta untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina di seluruh negara.
“Malah SUPP dalam manifestonya terus memperjuangan usaha untuk memastikan kerajaan persekutuan mempercepatkan pengiktirafan terhadap Unified Examination Certificate (UEC),” katanya.
Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi SUPP Pujut, Andy Chia serta Pengerusi SUPP cabang Krokop, Adam Yii.
Dr. Teo, jawap “Ya” atau “Tidak”
Menurut Sebastian, beliau banyak menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan daripada persatuan wanita serta pertubuhan keagamaan yang mahukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ daripada Dr Teo.
“Jika ya, kita mahu tahu berapa lama Dr Teo sudah melakukan pengguguran bayi dan berapa ramai wanita yang melakukan pengguguran atas faktor kesihatan dan sebab-sebab lain, itu sahaja.”
“Namun Dr. Teo sehingga sekarang tidak menjawab soalan sebaliknya mengemukakan fakta-fakta pengguguran yang diambil dari Google yang kemudian ditulis semula,” katanya semasa sidang media di pejabat SUPP Miri/Piasau hari ini.
Beliau memberitahu, Miri memerlukan wakil rakyat yang berkrediabliti dan bukannya seorang yang mengelirukan rakyat dengan fakta yang kurang tepat.
Dalam pada itu, Sebastian mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut iaitu Fong Pau Teck, ADUN Piasau Alan Ling dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian untuk menyatakan pendirian mereka berhubung isu pengguguran bayi yang dikaitkan dengan Dr Teo.
Katanya, sehingga kini wakil rakyat tersebut khususnya Fong dan Alan mengambil sikap berdiam diri namun pada masa yang sama berjuang dengan Dr. Teo memburukkan beliau dalam setiap kempen.
“Saya fikir pertandingan ini antara saya dan Dr. Teo sahaja, namun memandangkan mereka berdua berminat untuk masuk campur, saya mahu Fong dan Alan memberikan kenyataan mereka mengenai isu tersebut. Alan adalah penganut agama Kristian, jadi mengapa diam?.”
“Saya juga mahu Baru Bian memberi pandangan mengenai isu pengguguran bayi memandangkan beliau adalah penganut Kristian yang alim. Saya tidak berminat untuk meminta pendapat daripada Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen, namun kalau berminat, boleh juga..”
Rakyat perlu berfikiran positif – Peter Chin
Datuk Sri Peter Chin, Sebastian bersama yang lain melaungkan slogan 1Malaysia semasa berkunjung ke Rh. Dok.
LAMBIR, 29 April – Rakyat perlu berfikiran positif dan merenung kembali semua bantuan, kemudahan serta pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, sebelum mereka terikut-ikut rasa tidak puas hati hanya kerana satu isu yang masih belum selesai.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tidak mahu rakyat di sini mengenepikan BN dan calonnya semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu yang belum selesai.
Berucap di rumah panjang, Tuai Rumah (TR) Wak Ngayak dan rumah panjang TR Dok Kiai di Sungai Teniku, dekat sini, hari ini, Chin berkata sesetengah isu tersebut yang belum selesai sepert isu air, bantuan atap zink dan sebagainya adalah isu kecil yang boleh diselesaikan tanpa perlu berasa ‘marah’ dan terbawa-bawa dalam pilihan raya.
“Isu seperti masalah air adalah isu kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah berbanding isu tanah yang lebih besar terutama membabitkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
“Selepas pilihan raya ini nanti penduduk boleh datang berjumpa dengan saya dan kita sama-sama pergi berjumpa dengan pihak kontraktor yang tidak menjalankan tugas atau cuai dalam tugasan mereka,” katanya.
Chin berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa masalah yang ditimbulkan oleh penduduk di kedua-dua rumah panjang tersebut dan pada masa yang sama menasihatkan mereka agar masalah kecil tersebut tidak mempengaruhi keputusan mereka menjelang pilihan raya umum pada 5 Mei depan.
Mengenai isu Tanah NCR yang melibatkan penduduk di kedua-dua kawasan tersebut, Chin berkata sejak empat penggal beliau menjadi Ahli Parlimen Miri, isu tersebut masih berlarutan tanpa penyelesaian.
“Saya mengakui berasa amat sedih kerana isu berkenaan masih membelenggu penduduk di sini, bagaimanapun saya berharap jika kerajaan BN kembali memerintah, maka isu berkaitan Tanah NCR seperti yang terkandung dalam manifesto BN, dapat dilaksanakan,” katanya.
Justeru penduduk perlu terus memberi mandat kepada BN dan calon BN di kerusi Parlimen Miri, Dato’ Sebastian Ting, agar manifesto yang dilaungkan dapat dilaksanakan.
Pada masa yang sama katanya, kemenangan BN amat perlu bagi memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali memerintah sebagai Perdana Menteri dan kesinambungan pembangunan oleh kerajaan BN dapat terus dilaksanakan.
“Malah bantuan-bantuan rakyat seperti BR1M, bantuan pendidikan, perumahan dan sebagainya akan dapat dilaksanakan, malah dengan jumlah BR1M yang akan ditambah untuk keluarga dan golongan bujang,” katanya lagi.
Chin berada di kedua-dua rumah panjang tersebut untuk membantu kempen oleh calon BN, Sebastian di kawasan berkenaan.
Hadir sama ialah Pemanca Wilson Siang Lim serta ahli-ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Abdul Rahman Sukian muncul juara memancing
Sebastian (lima kiri) bergambar bersama pihak penganjur dan para pemenang pertandingan.
SUNGAI MIRI, 28 April – Abdul Rahman Sukian muncul juara dalam  Pertandingan Memancing ‘Rapala Lure’ 2013 selepas mendaratkan ikan terberat di antara semua peserta, iaitu jenis ‘mangrove jack’, di kuala Sungai Miri hari ini.
Beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000, peralatan memancing Rapala dan trofi.
Manakala di tempat kedua ialah Rumain Sani yang turut mendaratkan ‘mangrove jack’ sekali gus membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai RM500, peralatan memancing Rapala dan trofi.
Di tempat ketiga ialah Tan Tian Huat, yang berjaya mendaratkan ‘mackerel’ sekali gus membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai RM200, peralatan memancing Rapala dan trofi.
Dua hadiah saguhati, masing-masingnya dimenangi oleh Ho Seng Sing dan Jeripin Adam. Setiap seorang daripada mereka menerima hadiah wang tunai RM50,00, peralatan memancing Ralapa dan medal.
Kesemua hadiah para pemenang telah disampaikan oleh tetamy kehormat yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Miri, Dato’ Sebastian Ting.
Seramai 180 kaki pancing di sekitar bandar raya ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan memancing yang merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pemancing Miri.
Antara objektifnya ialah mempromosikan aktiviti memancing di kalangan penduduk khususnya belia dan mereka yang meminati hobi memancing.
Selain itu menjadi landasan bagi para kaki pancing berkumpul, berkongsi pengalaman, pandangan di samping mengeratkan hubungan di kalangan kaki pancing yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia, kaum, pekerjaan dan latar belakang agama yang berbeza.