PERMYJAYA, 1 Mei — Calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di kerusi Parlimen Miri, Dato’ Sebastian Ting berkata, hanya dengan memiliki kerajaan yang stabil, rakyat dapat bekerja dalam suasana yang aman dan harmonis, sekali gus menyumbang kepada kemakmuran negara.
PUSAT BANDAR, 1 Mei— Jentera Barisan Nasional (BN) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus menggunakan ruang yang ada untuk mengadakan ceramah mereka di setiap kawasan tumpuan ramai di sekitar bandar raya Miri.
JALAN PUJUT, 30 April– Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Miri iaitu Dr Michael Teo perlu buat ulangkaji mendalam sebelum mendakwa SUPP tidak pernah memperjuangkan dan mengambil usaha membangunkan pendidikan sekolah-sekolah Cina di negeri ini.
LAMBIR, 29 April – Rakyat perlu berfikiran positif dan merenung kembali semua bantuan, kemudahan serta pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, sebelum mereka terikut-ikut rasa tidak puas hati hanya kerana satu isu yang masih belum selesai.
SUNGAI MIRI, 28 April – Abdul Rahman Sukian muncul juara dalam Pertandingan Memancing ‘Rapala Lure’ 2013 selepas mendaratkan ikan terberat di antara semua peserta, iaitu jenis ‘mangrove jack’, di kuala Sungai Miri hari ini.
Reader’s Views