Miri Today

Penderma darah adalah hero dan heroin – George Chan

Dr Chan menyampaikan anugerah khas kepada Johari Bujang yang menderma darah paling banyak iaitu 119 pin.

PUSAT BANDAR, 11 Julai– Sumbangan penderma darah di Miri dalam menyelamatkan nyawa insan lain terus mendapat penghormatan.

Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Miri (BSMMM), Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, setiap penderma darah adalah hero dan heroin kerana mereka menyelamatkan nyawa orang yang lain memerlukan tanpa mengharapkan balasan.

“Anda semua (penderma darah) secara diam membantu orang lain tanpa mengharapkan publisiti. Justeru setiap kali majlis seumpama ini diadakan, saya pasti datang bagi memberi penghormatan dan penghargaan di atas sumbangan anda,” katanya pada majlis Malam Penderma Darah 2012 di Hotel Imperial yang turut dihadiri oleh kira-kira 600 penderma darah.

Sehubungan itu katanya, beliau lebih gemar menandatangani sendiri ratusan sijil penghargaan untuk diberikan kepada penderma menggunakan tangan daripada menggunakan cop yang mempunyai tandatangan beliau.

Terdahulu, pengerusi penganjur Charles Soo berterima kasih kepada Dr Chan yang sanggup pulang ke Miri dari percutian di Australia untuk menghadiri majlis penghargaan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Derma Darah BSMMM, Dr Roland Dom Mattu pada majlis yang sama turut berkongsi pengalaman bagaimana tiga wanita diselamatkan pada April oleh penderma darah yang tidak diketahui nama yang menderma darah sebanyak 16 pin.

Beliau menasihatkan agar penderma darah mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi seks tidak selamat bagi melindungi status mereka sebagai penderma darah selain mengekalkan kesihatan badan.

Pada majlis yang sama, Dr Chan turut menyampaikan sijil kepada penderma darah yang mencapai rekod lima pin iaitu Dr Manju Inder (10 -15 pin), Karambir Singh (20 – 30 pin), Dr Jack Wong (35 – 45 pin) dan 236 penderma darah (50 pin ke atas).

Beliau turut menyampaikan anugerah khas kepada penderma darah pelbagai kategori termasuk penderma darah lelaki paling tinggi pada tahun lepas iaitu Lucas Jangum Ngabong dan penderma darah tertinggi keseluruhan, Johari Bujang dengan 119 pin darah.

Dr Chan also gave out special awards to top blood donors in various categories, including highest male donor for last year, Lucas Jangum Ngabong and highest overall blood donor with 119 pints, Johari Bujang.

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes