Miri Today

Bomba tidak bersungguh-sungguh padam api kebakaran tanah gambut?

MIRI, 26 Jun – Kebakaran tanah paya gambut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Kompleks Anak Yatim Hamidah mungkin dapat dielakkan daripada terus merebak sekiranya Jabatan Bomba dan Penyelamat benar-benar serius memadamkan api.

Sumber dalaman Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberitahu, kebakaran kecil mula terjadi pada 16 Jun lalu berhampiran menara kawalan di ILP di Kuala Baram, namun pihak bomba tidak mengendahkan kebakaran itu.

Mereka enggan memadamkan kebakaran tersebut sebaliknya memberi alasan hanya memadamkan kebakaran membabitkan bangunan atau tempat tinggal, bukan kebakaran tanah gambut.

Sikap acuh tak acuh tersebut menyebabkan kebakaran yang pada mulanya melibatkan kawasan kecil merebak ke kawasan lain yang lebih luas dan berlarutan sehingga ke hari ini.

“Mereka hanya datang melihat kawasan yang terbakar, pergi dan datang, namun tidak memadamkan api. Tahun lepas semasa kebakaran paya tanah gambut, mereka juga bersikap acuh tak acuh.”

Justeru katanya, satu laporan telah dibuat dan sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar beberapa hari yang lalu untuk tindakan selanjutnya. 

Sumber itu menambah, pihaknya terpaksa menyediakan saluran atau terusan kecil sepanjang dua klilometer merentangi kawasan terbakar bagi menghalang api merebak ke kawasan sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan, ILP dan Kompleks Anak Yatim Hamidah.

“Sepatutnya pihak bomba yang menyediakan saluran tersebut dan memadamkan api. JAS tidak dapat melakukan apa-apa, kerana kami hanya memantau dan membuat laporan.”

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes